~MulaKAnLah DenGaN~

~INSAN LUPA~

!!!..::bumi kini semakin tua...manusia semakin rakus menaklukinya..sistemnya sudah "out off date"..sehinggakan kapal terbang tidak boleh terbang..maka sama-samalah kita beringat dan mencri amal sebanayak mungkin..serta sama-sama memperbaiki kelemahan yang ada~::..!!!

by:moshimoshi~

Sunday, May 29, 2011

DOAKAN CIK MASHY!!!

Assalamu'alaikum... buat sahabat cik mashy @cm~

sudah hampir berakhir perjuangan cm di kuis...
3 tahaun berdiploma di dalam bidang kejururawatan sangat mencabar bagi cm...kerana badang pra medikal bukanlah sesenang yang disangkan...dan ini semua pertolongan dari Allah dan dari berkat mak abah cm..serta doa sahabat2 semua...cm bersyukur kerana ditakdirkan mengambil bidang nursing di KUIS, kerana dengan persekitaran yang dapat membimbing hati cm yang lemah ini... kini cm menghitung hari 15 Jun 2011 adalah tarikh cm untuk membuktikan dan meluahkan segala ilmu dan pengalaman di atas sehelai kertas putih.. kepada followers n readers...doakan cm lulus dalam peperiksaan LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA (LJM).. nie adalah platform pertama cm to become a nurse...n doakan untuk semua sahabat2 cm skali ye...




to my lovely nurses frens dila,iza,k.mira,k.ju,ila,pika,faa....semoga kita sama-sama bejaya!..terima kasih kerana sudi jadi sahabat cm...^-^..


wassalam~

Sunday, February 6, 2011

~Pernahkah anda???~

بسم الله الرحمن الرحيم

Apa khabar rohani dan jasmani kita?? sihat? sakit hati? kecewa...macam-macam perasaankan...tapi itulah lumrah perasaan bagi yang bergelar insan..itulah ujian dari Allah...tapi sedar tak kita betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi…sebarkan kalam Allah ini kepada seberapa ramai sahabat2 kita,saudara-mara kita seislam.yakinlah dengan janji2 Allah ini kerana Allah adalah sebaik-baik yang memenuhi janji.

pernahkah anda terfikir?...:-

:KENAPA AKU DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

:KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”-Surah Al-Baqarah ayat 216

:KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

-Surah Al-Baqarah ayat 286

:RASA FRUST?

“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”- Surah Al-Imran ayat 139

:BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”-Surah Al-Baqarah ayat 45

:APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka."-Surah At-Taubah ayat 111

:KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”-Surah At-Taubah ayat 129

:AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

“..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”-Surah Yusuf ayat 12


p/s: silalah share atau copy paste n buat note baru supaya semua orang tahu dan sedar bahawa Allah sentiasa membantu kita untuk terus berjuang menghadapi mehnah dunia yang begitu menggigit.juga sedar bahawa tiada alasan dan jalan keluar untuk lari daripada tugas sebagai khalifah yang diutuskan ke dunia.Allah telah menyediakan jalanNya,maka ikutlah jalan yang ditunjukkan itu.


Friday, January 14, 2011

kisah JIBRIL...





بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualailum semua...

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang
cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang, sayap Itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? " Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ." Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  • Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

~2011~ cabaran makin hampir...

بسم الله الرحمن الرهيم
assalamualaikum semua.... haaaaaaaaaaaaaaaah........subhanallah....cik mashy mengeluh bukan bermakna cik mashy mengeluh dengan takdir Allah....tp just nak release tensyen...lau pecaya..cuba buat...pasti rasa lapang..xbanyak sikit pun pasti rasa....okey la...stright to the point la...da tak tau nak type apekan coz da lama tak up date blong yang tak seberapa nie...hehe... (1/1/11...alamak...kalau dah ikut tahun..aku da umur 21....banyaknye cabaran yang akan aku tempuhi dan lalui...aku akan menghadapai peperiksaan yang digeruni bagi pelajar jururawat iaitu LJM...dengan LJM lah kedua2 kaki ku akan melangkah ke alam pekerjaan...jika diazinkan...sejak aku lahir samapailah sekarang aku sentiasa berbantung dengan mak dan abah ku...along ku..dan adik2 ku....aku menangis,sedih,gembira...aku call mereka2 semua...semakain hampir untukm aku melangkah ke alam dewasa...tambahan pula aku sangat sensitif sekarang aku pun tak tahu kenapa...sampai mak aku pun banyak kali nasihat...supaya kuatkan semangat...macam mana aku nak berubah ni...mampukah aku?????....) kalau sahabat nak tahu...itu lah perkara yang sering bermain difikiran cik mashy....duk sorang2 termenung..hehehe...sedih pun ada...takut pun ada...sekarang dah semester 6..kurang 5 bulan cik mashy akan menempuh peperiksaan LJM tu...semoga Allah memudahkan urusan...kuatkan ingatan cik mashy yang lemah...kuatkan semangat yang cepat goyah nie...serta yang paling penting...jadikanlah diri ini sebagai wanita yang solehah..yang menjaga pakaiaannya...perwatakannya..percakapannya..pergaulannya dan yang utama mentaati ibu bapa...Ameen ya RAbb.... dalam fikaran cik mashy sekarang...cik mashy tak akan mampu membalas jasa mak abah...tapi cik mashy akan usahakan memberi yang terbaik untuk mereka...sesalu bila pergi dengar tazkirah2..ikuti usrah..ustaz ustazah pesan mintalah keredhaan dari ibu bapa...'sesungguhnya redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa'...terasa sangat bila dengar ayat macam 2... uishhh...banyak lagi nk type nie...tapi tibe2 plak cpu nie block pulak...hehe..
la baksa...insyallah kalau cik mashy ade masa untuk meluahkan sedikit tensyen ini...kita jumpa lagi...Assalamualaikum semua..semoga Allah bersama kita dan semoga dikuatkan iman kita...Ameen...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...