~MulaKAnLah DenGaN~

~INSAN LUPA~

!!!..::bumi kini semakin tua...manusia semakin rakus menaklukinya..sistemnya sudah "out off date"..sehinggakan kapal terbang tidak boleh terbang..maka sama-samalah kita beringat dan mencri amal sebanayak mungkin..serta sama-sama memperbaiki kelemahan yang ada~::..!!!

by:moshimoshi~

Sunday, February 6, 2011

~Pernahkah anda???~

بسم الله الرحمن الرحيم

Apa khabar rohani dan jasmani kita?? sihat? sakit hati? kecewa...macam-macam perasaankan...tapi itulah lumrah perasaan bagi yang bergelar insan..itulah ujian dari Allah...tapi sedar tak kita betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi…sebarkan kalam Allah ini kepada seberapa ramai sahabat2 kita,saudara-mara kita seislam.yakinlah dengan janji2 Allah ini kerana Allah adalah sebaik-baik yang memenuhi janji.

pernahkah anda terfikir?...:-

:KENAPA AKU DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

:KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”-Surah Al-Baqarah ayat 216

:KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

-Surah Al-Baqarah ayat 286

:RASA FRUST?

“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”- Surah Al-Imran ayat 139

:BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”-Surah Al-Baqarah ayat 45

:APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka."-Surah At-Taubah ayat 111

:KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”-Surah At-Taubah ayat 129

:AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

“..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”-Surah Yusuf ayat 12


p/s: silalah share atau copy paste n buat note baru supaya semua orang tahu dan sedar bahawa Allah sentiasa membantu kita untuk terus berjuang menghadapi mehnah dunia yang begitu menggigit.juga sedar bahawa tiada alasan dan jalan keluar untuk lari daripada tugas sebagai khalifah yang diutuskan ke dunia.Allah telah menyediakan jalanNya,maka ikutlah jalan yang ditunjukkan itu.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...