~MulaKAnLah DenGaN~

~INSAN LUPA~

!!!..::bumi kini semakin tua...manusia semakin rakus menaklukinya..sistemnya sudah "out off date"..sehinggakan kapal terbang tidak boleh terbang..maka sama-samalah kita beringat dan mencri amal sebanayak mungkin..serta sama-sama memperbaiki kelemahan yang ada~::..!!!

by:moshimoshi~

Tuesday, March 16, 2010

TOKOH JURURAWAT YANG PERTAMA...

بسم الله الرحمن الرحيم

"we stand because we care"..."penuhkan akal mu..ikhlaskan hati mu kerana الله"..


Sebagai jururawat'nurse' mengapa tokoh 'mat tolleh' kita bangga-banggakan. Sedangkan islam sudah wujud sejak turunnya Nabi Adam,iaitu sebagai manusia pertama.

Hari demi hari, zaman ke zaman siapa tokoh jururawat pertama?


RUFAIDAH AL-ANSHARIAH@AL-ASLAMIAYAH

Rufaidah adalah seorang wanita dari suku kaum Aslam dan anak kepada seorang tabib yang terbilang dikalangan kaumnya di Yathrib ( Madinah ) dan juga di Semenanjung Tanah Arab.Beliau banyak belajar tentang perihal penyembuhan dan perawatan dari bapanya semasa beliaumembantu bapanya merawat pesakit.
Rufaidah merupakan seorang gadis yang mempunyai
keperibadian yang mulia,lemah lembut dan bersopan santun. Sifat penyabar,dan penyayang nya telah membantu meringankan kesakitan dan penderitaan para pesakit yang dirawati.

Rufaidah telah mengistiharkan keislamannya dengan disaksikan oleh utusan-utusan Rasullah SAW di Yathrib setelah mendengar beberapa potong ayat Al Quran,dan keislamannya itu telah menjadikan beliau bersifat lebih sabar dan menyayangi dan mengasihi sesame insan. Beliau telah dengan penuh kerelaan mempertingkatkan usaha dalam dunia perawatan dan melatih ramai wanita dan remaja yang terdiri dari muslimah untuk mendalami ilmu perawatan. Beliau
merupakan pengasas sekolah kejururawatan yang pertama dikalangan umat Islam pada ketika itu.
Semasa bermulanya peperangan jihad,Rufaidah telah memohon keizinan dari Rasullullah SAW untuk bersama sama sekumpulan wanita terlatih untuk menyertai medan peperangan bagi membantu memberi rawatan kepada para tentera yang tercedera dan yang memerlukan bantuan pengubatan.

Selepas peperangan Badar,Rufaidah telah kembali ke Yathrib dengan memulakan satu era perawatan yang baru dengan mendirikan sebuah khemah sebagai markas untuk melaksanakan aktiviti rawatan dan perawatan. Beliau menghabiskan banyak masa di khemah tersebut untuk berkhidmat kepada orang ramai Ibnu Ishaq menyebutnya dalam kisah Sa’ad bin Mu’adz ketika dia terluka diparit pertahanan.Kemudian Rasullullah SAW bersabda: “Tempatkan dia di khemah Rufaidah yang berada di masjid, hingga aku menjenguknya sebentar lagi..” Dalam Al-Adabul Mufrad,Bukhari berkata: Diceritakan kepada kami oleh Abu Nu’aim: Dia berkata:” Ketika lengan Sa’ad terluka ketika peperangan Khandaq,maka dikatakan: “Bawalah dia kepada seorang wanita bernama Rufaidah, kerana dia akan mengubati orang-orang yang terluka “ Adalah Rasullullah SAW apabila singgah ke tempatnya,beliau bersabda:” Bagaimana keadaanmu di petang ini?” Sedangkan apabila waktu pagi, Nabi S.A.W bersabda: “Bagaimana keadaanmu diwaktu Pagi?.” Disini jelas menunjukkan kegigihan dan kesungguhan Rufaidah dalam
melaksanakan tugas perawatannya seperti yang digambarkan bahawa beliau bekerja untuk satu jangkamasa yang panjang dan ini jelas diperakui oleh Rasullullah SAW.

Maka sesungguhnya Rufaidah adalah perintis bidang Kejururawatan yang terulung.Khemah Rufaidah di Masjid Nabawi yang dibinanya pada tahun 2 Hijrah bersamaan 624 Masehi,tetap menjadi contoh yang cemerlang dalam bidang Kejururawatan dizaman permulaan Islam sehingga ke hari ini. Sumbangan dan dedikasi beliau jelas mendahului Florence Nightingaleiaitu 1200 tahun lebih awal.


FLORENCE NIGHTINGALE.
(12 May 1820 – 13 August 1910) yang dikenali “The Lady With The Lamp”.Dia terkenal sebagai
pelopor dalam bidang kejururawatan dan sumbangannya bersama 38 volunteer nurses dalam Crimean War.


RUFAIDAH AL-ANSHARIAH@AL-ASLAMIAYAH ATAU FLORENCE NIGHTINGALE?

......والسلام


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...